Friday, 6 May 2016

Isu Wang Caruman KWSP, Milik Siapa Selepas Meninggal?

Masalah penama dalam KWSP ialah terdapat penama enggan menyerahkan bahagian kepada waris-waris lain yang berhak. Atas alasan wang tersebut adalah hak mereka, kerana mereka adalah penama.


Semua penama KWSP hendaklah mengetahui bahawa mereka hanyalah sebagai pemegang amanah ataupun pentadbir (wasi) dan bukannya pemilik mutlak. Bermakna, apabila pencarum meninggal dunia, maka yang akan menguruskan wang tersebut adalah penama. Apabila wang tersebut dikeluarkan oleh penama, penama perlu berlaku jujur, iaitu membahagikan wang tersebut kepada waris-waris lain mengikut hukum faraidh seperti tertulis dalam al-Quran.
Hakikat yang berlaku sekarang, betapa ramai penama samada penama di KWSP, ASB, Tabung Haji, Koperasi dan kebanyakan nama di Insurans, Takaful berlaku tidak jujur dan amanah samada mereka menyedari atau tidak. Berapa banyak Hak-hak orang sudah mereka termakan atau sengaja makan? Ini antara sebab orang kita hilang keberkatan.
Angah bagi contoh, Ini kisah benar..baru-baru ini, bila angah menyampaikan kuliah tentang hal ini, seorang anak murid, Zaid (bukan nama sebenar) berjumpa saya, berikut perbualan kami:
Zaid : Ust Angah, ada seorang doctor wanita meninggal dunia. Dr tersebut meletakkan nama Ibu beliau sebagai penama. Kemudian, ibunya menyangka itu miliknya lalu keluarkan. Selain digunakan untuk perbelanjaan peribadi, ibunya juga memberikan sumbangan kepada maahad tahfiz.
Angah : Allahu, tak boleh camtu sebab duit kwsp itu bukan duit milliknya, Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan penama wang KWSP hanyalah wasi iaitu pemegang amanah. Dah dapat duit tersebut, kena bahagikan kepada waris yang berhak.
Zaid : Bagaimana nak bagi ust?
Angah : Saya nak tanya, dia dah berkahwin? Ada anak tak? Adik beradik? Cuba jelaskan detail
Zaid : Dah berkahwin us, arwah tinggalkan suami, ibu, dan ayah serta adik beradik. Anak takde ust.
Angah : ok, ahli waris yang berhak dapat ialah Suami, Ibu, Ayah. Adik beradik tak dapat sebab terhalang dengan kehadiran Ayah.
Zaid : Mereka dapat berapa Us?
Angah : Suami dapat ½ sebab tiada anak, ibu dapat 1/3 dari baki harta. Ayah mendapat lebihan harta (asobah) kerana si mati tidak meninggalkan waris. Ini masalah Gharawain ni. Menyalahi kaedah biasa.
Zaid : ......(blur)

Angah : Asal kaedah ialah apabila seorang ibu menerima 1/3 dari keseluruhan harta, jika tidak ada cabang waris dan berbilang adik beradik lelaki mahupun perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu. Akan tetapi dalam masalah ini, dipanggil gharawain ini (menyalahi kaedah asal), ibu hanya diberi 1/3 dari baki harta selepas diberikan fardhu kepada suami atau isteri. Ianya mengikut pembahagian Saidina Umar r.anhu dan persetujuan dari seluruh sahabat. Ini kerana jika ibu diberi 1/3 keseluruhan harta, maka Ibu akan mendapat bahagian melebihi dari bapa - sebagaiman yang diketahui bahawa seorang lelaki kebiasaannya akan mendapat harta melebihi 2x dari perempuan. oleh kerana itu, Saidina Umar berijtihad memberi hukum seperti ini supaya bapa mendapat 2x melebihi Ibu. 

(untuk melihat contoh pengiraan, para pembaca boleh baca lebih lanjut di blog angah)-http://akademiawarise.blogspot.my/…/faraidh-masalah-gharawa…

Zaid : ok, faham2 dah us. Jadi apa yang saya mesti buat?
Angah : Nasihatkan Makcik itu elok2, terangkan kepada dia, bahawa makcik hanya pemegang amanah duit tersebut. Duit itu mesti dibahagikan kepada ahli waris yang berhak. Dan pembahagian yang saya sebutkan tadi, valid untuk semua harta boleh alih dan tidak boleh alih arwah.
[harta boleh alih (seperti emas, perak, matawang lainnya dan sebagainya) dan harta tidak boleh alih (seperti tanah, rumah, bangunan, dsb)]
Angah : bahagian yang Makcik terguna untuk kegunaan peribadi dan sumbangan, kena kira 1/3 baki x RMXXXX. Jika jumlah yang terguna dalam lingkungan atau kurang dari bahagiannya, duit yang terguna itu ditolak dari wang diterima untuk diganti balik. Jika guna banyak sangat, makcik itu ganti dari duitnya sendiri akan hak-hak yang terguna ataupun minta redha kepada ahli waris agar redha hak-hak mereka yang terguna pakai. Jelas?
Zaid : Faham dah Us. Baru saya faham. Rupanya ini hukum dia, ramai orang tak tahu ni.
Angah: betul, ramai yang ambil mudah ilmu faraidh dan harta pusaka sehingga timbul perbalahan, tuntutan yang tak selesai. Sekarang RM66 bilion harta umat Islam di Malaysia tak tertuntut kerana tiada urus tadbir harta pusaka. Sebaiknya buat perancangan ketika hidup agar memudahkan ahli waris dan proses legal.
Zaid : Banyak lagi arwah tinggal harta tu ustaz.
Angah : Arwah pernah buat perancangan Harta Pusaka tak ketika hidup?
Zaid : Setahu saya tak. Sekarang ini, masih tak terurus.
Angah : Kalau begitu, temukan makcik itu dengan saya. Insya Allah, saya tolong bagi nasihat apa yang patut dan bantu uruskan. Yang paling risau, takut jadi berlapis2.
Zaid : berlapis?
Angah : Waris berlapis. Sekarang ini, ahli waris arwah ialah suami, ibu dan ayahnya. Katakan lah, Ayahnya pula meninggal dunia, maka bahagian ayah tadi akan diwarisi pula ke anak-anaknya yang merupakan adik beradik arwah. Ini dipanggil berlapis2. Tapi, urusan pembahagian ke Ayah tak setel2 lagi. Nama apa pun (jika asset) tak tukar2 lagi. Dari 3 pewaris, maka jadi bertambah pewaris. Dalam bab harta pusaka ni, ada pentabiran dan pembahagian. Pembahagian itu bab faraidh la, nak tahu berapa dapat berapa kepada ahli waris tetapi bagaimana nak menjadikan ia sah dari segi undang2? Bagaimana prosedur pencairan harta pusaka? Ingat, semua asset orang mati akan dibekukan. Maka disitu timbul pentabiran. Pentabiran ini yang rumit, makan bertahun2 jika masa hidup tak buat perancangan harta pusaka. Jika ketika hidup, sudah buat wasiat (dan isi wasiat pelantikan Wasi – pentadbir harta dan seumpama), maka proses tersebut Insya Allah lebih pendek. Tak perlu banyak turun baik mahkmah. Saya sendiri sudah buat wasiat.
Zaid : Awal us buat wasiat ye. Banyak ke harta ust? Hehe. ok baik
Us. Terima kasih atas nasihat ust. Mahal caj rundingan ni...
Angah : free je bro. Bukan soal banyak harta atau tidak tapi nak mudahkan urusan tadir esok2. Tak bebankan pewaris dan macam2 la. Nanti2 la us cerita kenapa us buat wasiat awal. Ingat mati ckit. Hehe. Ingat, Dalam perjalanan kita menuju Allah, lagi la kita kena warak dari TERmakan harta hak orang, harta anak yatim. Ia boleh mengeraskan hati tanpa sedar.
Zaid : (angguk2). Baik us, nanti saya jumpakan teman2 lain yang sedang hadapi masalah perbalahan harta pusaka. Tak tahu nak cerita camne.
Angah : beres je...kita tolong setakat boleh.
====================================================

Dalam beberapa hari, Zaid hubungi saya dan menyampaikan pesan ibu arwah, "Us, Ibu arwah ucap terima kasih sangat2, dari awal memang rasa tak sedap hati nak guna, mujurla tak banyak lagi terguna". "Us, mereka nak jumpa us nanti".

Balas saya, syukur alhamdulilah.

[katakan lah arwah ada meninggalkan anak kecil, tak sedar termakan bahagian harta anak yatim].

Khidmat Nasihat Percuma Perancangan Harta Pusaka.
Mohd Hanif Haji Ibrahim @ Us Angah
0179260714 
Pengasas Akademi

Huru Hara Masyarakat Tanpa Faraidh

MUHASABAH : KESILAPAN YANG BERLAKU DALAM MASYARAKAT AKIBAT TIDAK TAHU FIQH FARAIDH DAN HARTA PUSAKA.


Kesilapan dan Kesalahan yang sering berlaku apabila kita mengabaikan ilmu faraid (dalam pembahagian harta pusaka):
1. Waris tidak melunaskan hutang-hutang si mati.
2. Waris tidak melaksanakan wasiat ataupun nazar yang sah
3. Si mati semasa hidup membuat wasiat melebihi 1/3 (wasiat kepada bukan waris tidak boleh lebih 1/3)
4. Melaksanakan wasiat ataupun nazar yang bertentangan dengan hukum syarak seperti wasiat untuk perkara yang haram, misalnya untuk kelab-kelab maksiat
5. Harta peninggalan si mati tidak dibahagikan kepada warisnya setelah bertahun-tahun lamanya sehingga ada waris yang meninggal dunia. Masalah berlapis-lapis waris berlaku.
6. Orang perseorangan yang diamanahkan menjaga sesuatu harta (trustee) ataupun pemegang amanah individu tidak menjalankan amanah, tidak mengizinkan harta itu dijual (hasil jualan untuk dibahagikan kepada pewaris) dengan pelbagai alasan sedangkan dia hanya pemegang amanah.
7. Terdapat kes rumah pusaka si mati terus di duduki oleh seorang ataupun dua orang waris tanpa izin ataupun kerelaan waris-waris lain. Jika sayangkan rumah pusaka tersebut dari berpindah milik kepada orang luar, dicadangkan ahli waris membelinya. Contohnya Abang Sulung membeli rumah tersebut dan hasil jualan ke Abang Sulung itu dibahagikan kepada pewaris mengikut faraidh. Tapi mesti ingat !, rumah pusaka itu sudah menjadi milik abang, dia berkuasa atas hak miliknya. Ia bukan rumah arwah ayah dan ibu lagi. Namun, Ia lebih baik dari jatuh ke tangan orang luar.
8. Seorang anak yang menolong bapanya dalam sesuatu perniagaan, akan meneruskan perniagaan itu setelah bapanya meninggal dunia tanpa member hak keuntungan pernigaan tersebut kepada waris-waris lain. Ingat !, harta selepas kematian, adalah harta pusaka yang mesti diagihkan kepada pewaris.
9. Isteri si mati membolot semua harta suaminya selepas kematian suami, seolah-olah dia menggantikan tempat suaminya. Si isteri tidak memberi hak waris yang lain seperti ibu bapa si mati (jika ibu bapa masih ada) ataupun adik beradik arwah suami (jika suami tiada anak perempuan dan tiada bapa) atau kepada isteri-isteri arwah yang lain dan anak-anak.
10. Semua isteri si suami adalah berhak mendapat bahagian faraidh mereka. Isteri pertama walaupun ‘tak mesra’ dengan isteri lain, Ingat !, al-Quran dah menetapkan bahawa mereka tetap ada bahagian kerna mereka adalah isteri kepada arwah.
11. Tidak diberikan harta kepada waris si mati yang tinggal di negeri atau Negara lain.
12. Apabila pemilik harta itu hilang (tidak dapat dikesan), maka hartanya terus dibahagi-bahagikan tanpa kepastian ia betul-betul telah mati ataupun sebelum Hakim menghukumkan dia telah mati.
13. Harta diwarisi oleh anak angkat, anak luar nikah ( kecuali ibunya. Anak luar nikah tidak boleh mewarisi dari ‘bapa’nya tetapi boleh mewarisi dari ibunya). Begitu juga anak tiri dan anak susuan, mereka berdua juga tidak mewarisi.
14. Anak lelaki diberi bahagian yang sama dengan anak perempuan tanpa persetujuannya. Jika anak lelaki bersetuju melepas separuh haknya, maka dibolehkan.
15. Apabila ada tiga kategori adik beradik, kekeliruan akan timbul sehingga yang tidak berhak juga dapat. Contohnya, adik beradik seibu sebapa, adik beradik sebapa (berbeza ibu), dan adik beradik seibu (berbeza bapa).
16. Barang-barang kemas dan pakaian berjenama yang dtinggalkan si mati, diambil oleh seorang waris tanpa pengetahuan ataupun izin waris yang lain.
17. Membahagikan harta mengikut adat sesuatu tempat ataupun bangsa yang bertentangan dengan hukum syara’.

Khidmat Nasihat Percuma Perancangan Harta Pusaka, 
Mohd Hanif Ibrahim @ Us Angah 
017-9260714
Pengasas Akademi

Monday, 2 May 2016

Faraidh : Masalah Gharawain, Ibu dapat 1/3Baki

Masalah Gharawain

Asal kaedah ialah apabila seorang ibu menerima 1/3 dari keseluruhan harta, jika tidak ada cabang waris dan berbilang adik beradik lelaki mahupun perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu. Akan tetapi dalam masalah ini, dipanggil gharawain ini (menyalahi kaedah asal), ibu hanya diberi 1/3 dari baki harta selepas diberikan fardhu kepada suami atau isteri. Ianya mengikut pembahagian Saidina Umar r.anhu dan persetujuan dari seluruh sahabat. Ini kerana jika ibu diberi 1/3 keseluruhan harta, maka Ibu akan mendapat bahagian melebihi dari bapa - sebagaiman yang diketahui bahawa seorang lelaki kebiasaannya akan mendapat harta melebihi 2x dari perempuan. oleh kerana itu, Saidina Umar berijtihad memberi hukum seperti ini supaya bapa mendapat 2x melebihi Ibu.  


Masalah 1 : Si mati meninggalkan Suami, Ibu dan Bapa

Asal Kaedah kira

6

3
Suami
1/2
2
Ibu
1/3
1
Bapa
lebihan

Kaedah Gharawain

12

3
Suami
1/2
1
Ibu
1/3 x baki
2
Bapa
lebihan


Masalah 2 : Si mati meninggalkan Isteri, Ibu dan Bapa

Asal Kaedah kira

12

3
Isteri
1/4
4
Ibu
1/3
5
Bapa
lebihan

[ Walaupun lebih, tapi bapa hanya dapat lebih 1 bahagian, sepatutnya lebih 2 bahagian, maka ia tidak memadai]

Kaedah Gharawain

4

1
Isteri
1/4
1
Ibu
1/3 x baki
2
Bapa
Lebihan



Friday, 29 April 2016

Sikap Ambil Mudah Rugikan Pencarum KWSP

Bharian 27 April 2016


1. Statistik satu dekad lalu pada 2006 menganggarkan ada lebih satu juta kes tuntutan harta pusaka tertunggak bernilai kira-kira RM38bilion kerana tidak diuruskan pewaris dengan hamper 90 peratus daripadanya adalah milik orang Islam. 

2. Jumlah berkenaan meningkat kepada kira-kira RM40 bilion pada 2007 yang sebanyak RM38 Bilion daripada harta pusaka dalam bentuk hartanah dan RM1.5 Bilion adalah wang tunai. Pada 2010 pula, harta berjumlah RM40 Bilion milik lebih 500,000 waris dalam kalangan umat Islam masih belum dapat dicairkan. 

3. Statistik terbaru seperti diumumkan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri, menunjukkan kira-kira RM60 Bilion jumlah harta tidak dituntut waris si mati sejak Malaysia mencapai kemeerdekaan, yang antara sebabnya adalah sikap ambil mudah menangguhkan permohonan pembahagian harta pusaka. Jumlah itu diperoleh menerusi rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) melalui Bahagian Pembahagian Harta Pusaka (BPP). 

4. Kita melihat jumlah harta beku yang cukup besar dan selain ambil mudah, ia disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat, terutama orang Islam dalam soal tadbir urus harta pusaka ketika hidup. Ramai beranggapan oleh kerana harta dimiliki tidak sebanyak mana, tidak perlulah berbuat apa-apa dan pandai-pandailah yang hidup menguruskannya kelak. Sikap ini merugikan anggota keluarga kerana dibimbangi menjadi harta tidak dituntut dan menambah kepada statistic berkenaan.

5. Apa pun, walaupun harta itu ditinggalkan itu nilanya sedikit, ia tetap perlu diuruskan dengan baik, kata Ahli Panel Syariah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Profesor Emeritius Datuk Dr Mahmod Zuhdi Abdul Majid. Penyusunan penurunan harga yang sempurna perlu bagi menjamin kesejahteraan hidup waris agar kehidupan mereka tidak susah dan dhaif sedangkan ada harta yang ditinggalkan si mati. 

6. Dalam soal ini, tidak timbul sedikit atau banyak kerana yang penting adalah ia diuruskan dengan baik sewaktu seseorang itu masih hidup supaya pembahagiannya mudah dan cepat apabila pemiliknya meninggal dunia. Banyak produk berkaitan urusan ini, seperti wasiat dan hibah juga pemegang amanah yang ditawarkan banyak pihak pada masa ini. Cara ini bukan sahaja memudahkan tetapi membolehkan si mati tenang apabila berada di alam sana, kerana masing-masing mendapat haknya dan tiada pertelingkahan dalam kalangan anggota keluarga. Kita melihat yuran perkhidmatan agak tinggi menyebabkan setengah pihak, terutama yang mengandaikan harta mereka sebagai sedikit, mungkin sebuah rumah dan sedikit simpanan, tidak melanggan perkhidmatan ini.

Dengan yuran pemprosesan yang tinggi, disamping yuran penyeleggaraan, ada pihak berasakan wang yang perlu dikeluarkan tidak sepadan dengan harta yang ditinggalkan. Dalam hal ini, kita melihat pihak yang menyediakan perkhidmatan ini harus juga menjadikan perkhidmatan ini sebagai pelaburan akhirat dan bukan memandangnya dari sudut pernigaan semata-mata.  

Tuesday, 26 April 2016

Berkenalan Dengan Ilmu Faraidh




Apakah yang dimaksudkan dengan faraidh ?

 Ilmu Faraid atau Mawaris ialah : “ilmu berkenaan kaedah-kaedah fiqh dan hisab untuk mengetahui bahagian setiap ahli waris dari harta peninggalan si mati, atau ilmu untuk mengetahui siapa yang mewarisi dan siapa yang tidak mewarisi serta kadar perwarisan bagi setiap ahli waris”. (al-Mawaris Fi al Fiqh Al-Islami, hlmn.12)

Berdasarkan takrif ini, kita dapati bahawa asas penting dalam pengajian ilmu faraidh ialah:

1. Mengetahui cabang-cabang nasab
2. Mengetahui ahli waris dan bukan ahli waris
3. Mengetahui bahagian-bahagian setiap ahli waris
4. Mengetahui kaedah atau cara pengiraan faraidh


Apakah perbincangan utama dalam ilmu faraidh?

Perbincangan utama dalam faraidh ialah At-Tarikah iaitu harta peninggalan si mati. Harta peninggalan bermaksud segala harta yang ditinggalkan si mati selepas kematiannya yang terdiri dari harta boleh alih (seperti emas, perak, matawang lainnya, perkakas-perkakas/perabot dan sebagainya) dan harta tidak boleh alih (seperti tanah, rumah, bangunan dan sebagainya). Semua yang tersebut dalam pengertian harta peninggalan yang wajib diberikan kepada sesiapa yang berhak ke atasnya.


Apakah tujuan belajar ilmu faraidh?

Dapat mengenal pasti bahagian-bahagian yang dikhususkan kepada setiap waris dari harta peninggalan (harta pusaka) dan demi menunaikan hak setiap ahli waris. Ia juga bertujuan menjauhkan dari kezaliman dan kesalahan dalam pembahagian harta warisan.


Apakah hubungannya dengan ilmu lain (nisbah)?

Ilmu faraidh adalah cabang dalam ilmu fiqh 


Siapakah perintis ilmu ini?

Ilmu faraidh atau pewarisan (mawaris) ditetapkan langsung oleh Allah s.w.t dalam al-Qur’an


Apakah kelebihan ilmu faraidh?

Seperti yang disebut dari hadis-hadis yang memberi galakan dan dorongan pada belajar dan mengajar akan ilmu ini dan ilmu faraid adalah seafdhal-afdhal ilmu.


Apakah nama lain ilmu Faraidh?

Ilmu Mawaris, harta pusaka, ilmu pewarisan


Apakah sumber hukum faraidh?

Al-Quran, Sunnah dan Ijma’


Apakah hukum belajar ilmu Faraidh?

Hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah namun pelaksanaannya dalam pembahagian harta pusaka adalah fardhu ain.


Apakah Bab Perbahasan ilmu faraidh?

Antara bab perbahasan merangkumi :

i.              Hak-hak yang bersangkutan dengan harta peninggalan si mati
ii.             Perwarisan, sebab, syarat, rukun dan penghalang
iii.            Ahli waris dari lelaki dan perempuan
iv.            Ashabul furudh
v.             Fardhu –fardhu (1/2, 1/4, 1/8. 2/3, 1/3, 1/6) yang ditetapkan dalam al-Quran.
vi.            Asobah dan pembahagian asobah
vii.           Masalah Datuk dengan adik beradik (Jadd wa ikhwah)
viii.          Hijab
ix.            Al-Hisab (pengiraan)
x.             Al-Musytarakah
xi.            Al-Muaadah
xii.           Al-Akdariah
xiii.          Al-Munasakhah
xiv.          Perwarisan Khunsa Musykil, orang hilang (al mafqud) dan bayi dalam kandungan (al-haml)
xv.           Dan banyak lagi seperti dihuraikan di dalam kitab-kitab para ulama’


Siapakah pakar ilmu faraidh di kalangan sahabat?

Di kalangan sahabat Nabi Muhammad s.a.w, ada empat orang yang terkenal kepakaran mereka dalam ilmu faraidh, iaitu:

1.    Saidina Ali bin Abi Talib
2.     Abdullah Bin Abbas
3.     Zaid bin Tsabit
4.     Abdullah bin Mas’ud

Dari mereka berempat, Zaid bin Tsabit yang paling pakar kerana Rasulullah s.a.w sendiri dalam suatu hadis bersabda:

“orang yang paling mengetahui ilmu faraidh di kalangan kamu ialah Zaid bin Tsabit” (Riwayat Imam Ahmad dari Anas r.a)



Kesimpulan

Dari ibnu Mas’ud, dari Nabi s.a.w:

“belajarlah kamu ilmu faraidh dan ajarkan lah ia kepada manusia. Sesungguhnya aku adalah oang yang dicabut nyawa. Sesungguhnya ilmu ini akan tercabut sehingga dua orang berselisih faham pada pembahagian harta pusaka sementara kedua-dua mereka tidak menjumpai seseorang yang dapat menyelesaikan (pembahagian harta) antara mereka”(Riwayat Hakim)


Hukum  Faraid merupakan satu hukum yang amat jelas perinciannya di dalam al-Quran. Pematuhan kepada hukum ini sepertimana yang digariskan oleh al-Quran menjamin keharmonian dan kesejahteraan di kalangan pewaris. Namun hakikat yang dapat dilihat pada hari ini adalah bertentangan dengan matlamat yang ingin dihasilkan oleh hukum faraid ini. Selain mencetus perbalahan di kalangan waris dan pengabaian serta penafian dari segi hak, kegagalan mereka untuk mengurus dan merancang pembahagian pusaka sepertimana yang dianjurkan oleh Shariah menyebabkan banyak harta umat Islam menjadi beku. Oleh yang demikian adalah penting bagi umat Islam untuk mempelajari dan mengetahui cara kiraan harta pusaka dan merancang pewarisan yang baik dan berkesan. Justeru selain mengetahui aspek pembahagian dari segi hukum, kita juga perlu tahu tentang pengurusan pusaka dari sudut teknikal dan juga prosedur semasa yang digunapakai di negara ini.

Implikasi Seandainya Tidak Mengurus Harta Pusaka

Pelbagai implikasi akan berlaku jika semasa hidup tidak menguruskan harta pusaka peninggalan arwah seperti peninggalan kedua-dua ibu bapa.


Implikasi dari Segi Hukum Syara’

Antara masalah yang banyak timbul dalam masyarakat kita yang berkaitan dengan hukum syarak adalah terdedah kepada perlanggaran hukum secara sedar ataupun tidak sedar seperti:

1.Termakan harta secara batil

Sekiranya kita tidak menguruskan ataupun merancang pusaka, ia akan membawa para waris terlibat dan berterusan dalam memakan atau menguasai harta secara batil. Ia dilarang oleh Allah dan RasulNya. Bukan setakat larangan, tetapi ia juga disertai dengan ancaman terhadap orang yang melakukannya.

2.Termakan harta anak Yatim

Sekiranya si mati ada meninggalkan anak-anak kecil yang belum baligh, mereka adalah dianggap sebagai anak-anak yatim. Maka, harta yang ditinggalkan itu sebahagiannya adalah harta anak yatim. Penggunaan sewenang- wenangnya terhadap harta itu sebelum diselesaikan pembahagian akan menjerumus kita dalam apa yang dikatakan sebagai memakan dan menggunakan harta anak yatim.
Allah Taala melarang keras perbuatan ini.

“Jangan sesekali kamu dekati harta anak yatim, kecualidengan cara yang baik sehingga dia mencapai umur baligh” (surah al-An’am :152)

3. Termakan hak-hak si Mati

Dalam hukum pembahagian harta pusaka, bukan semua harta peninggalan itu dikira harta pusaka yang boleh difaraidhkan kepada waris yang berhak. Sebelum harta pusaka difaraidkan, para waris terlebih dahulu perlu memastikan beberapa perkara seperti kos pengurusan jenazah, hutang-hutang si mati (samada hutang dengan Allah ataupun hutang dengan manusia), wasiat amal jariah si mati, harta hibah dan harta sepencarian. Kemudian, barulah selebihnya boleh difaraidkan kepada ahli waris.
Sekiranya perkara ini tidak dapat dipastikan terlebih dahulu, maka ia akan menyebabkan si mati menanggung azab di dalam kubur. Selain perlanggaran hukum secara sedar ataupun tidak sedar, ia turut membawa kepada beberapa impak lain iaitu:

  • Bilangan waris makin bertambah
  • Hutang si mati tidak dapat dilunaskan dan wasiat si mati tidak dapat disempurnakan
  • Berlaku perbalahan dan perpecahan institusi Kekeluargaan


Implikasi dari segi undang-undang ekonomi dan sosial

1.Harta terbiar dan tidak terurus

Pembahagian ditangguhkan dari hari ke hari sehingga bertahun-tahun lamanya dengan tiada siapa yang mahu bertanggungjawab menguruskannya. Akhirnya dibiarkan sahaja harta pusaka itu. Bagi hartanah, cukai tidak dibayar sehingga bertahun-tahun lamanya. Tunggakan cukai pasti bertambah dari tahun ke tahun. Pernah ada tunggakan cukai sehingga beribu-ribu ringgit, sedangkan tanah itu ditinggal terbiar tanpa diusahakan ataupun dimajukan. Demikian juga dengan permohonan bagi mendapatkan bantuan dari pada agensi kerajaan seperti RISDA dan sebagainya tidak dapat dipertimbangkan. Hal ini merugikan waris-waris, masyarakat dan juga kerajaan.

2.Urus niaga tanah tidak dapat dijalankan (Tiada kuasa transaksi)

Bagi hartanah, selagi masih berdaftar dengan nama si mati, selagi itulah sebarang urus niaga tidak dapat dijalankan. Tanah tersebut tidak boleh dijual beli, dicagar, disewakan, digadai ataupun sebagainya. Tempoh pembekuan urusniaga ini bergantung kepada langkah yang diambil oleh waris-waris bagi penyelesaian pusaka itu mengikut undang-undang. Apabila tanah-tanah tersebut sudah di daftarkan atas nama waris-waris, barulah urus niaga boleh dijalankan ke atasnya.

3. Wang pampasan tidak boleh dibayar
Demikian juga tanah tersebut diambil oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan, wang pampasan ataupun ganti rugi tidak akan diserahkan kepada waris-waris sehingga pusaka itu diselesaikan, ataupun dibuat pembahagian mengikut undang-undang. Bagi kes-kes terbiar begitu lama, bukan suatu perkara mudah untuk menyelsaikan dengan segara. Terutamanya kes yang bermasalah seperti kehilangan dokumen, tidak mendapat keterengan yang tepat dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan wang pampasan itu tertahan tanpa dapat dimanfaatkan oleh waris.

4. Pemilikan beramai-ramai ke atas Harta

5. Wang simpanan si mati dipindahkan kepada pendaftar Wang Tidak Di Tuntut.
Kelewatan penyelesaian pembahagian harta pusaka akan menyebabkan wang simpanan si mati dalam mana-mana institusi kewangan ataupun koperasi, saham-saham dan bon dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut setelah beberapa lama tidak dituntut. Hal ini sudah tentu merugikan para waris.

6. Menyulitkan proses perbicaraan pembahagian pusaka
Antara Kesulitan yang biasa dialami ialah kehilangan dokumen kematian, dokumen harta dan sebagainya. Para waris sukar untuk memberikan keterangan kerana tidak mengetahui kedudukan para waris terdahulu dengan betul. Hal ini menggangu proses perbicaraan sehingga ada kes yang terpaksa dibicarakan beberapa kali ekoran tidak cukup dokumen, keterangan dan bantahan daripada waris-waris yang lain.
Inilah implikasi dari segi hukum syarak dan perundangan yang akan berlaku jika harta pusaka tidak diurus dengan baik.

Ruj : Pembahagian Harta Pusaka Dan Kepentingan Wasiat, Ustaz Ghazali Ibrahim, Terbitan Mustread.


Monday, 25 April 2016

Harta RM 60 Bilion Gagal Dituntut Tak Boleh ‘DICAIR’

Harta pusaka bernilai kira-kira RM60 bilion yang gagal dituntut, tidak boleh ‘dicairkan’ oleh kerajaan walaupun hasilnya membawa kebaikan bersama terhadap umat Islam di Negara ini.

Ketua Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universitit Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Azman Mohd Nor, berkata harta berkenaan mempunyai pemilik dan tidak boleh dilakukan sesuka hati tanpa kebenaran mereka termasuk kerajaan.

“Walaupun ada kebenaran tentang kesukaran untuk mendapat kelulusan pewaris, adalah satu kezaliman jika kerajaan mencairkan harta itu”, katanya pada sesi soal jawab Seminar Faraid dan Perancang Pewaris : Isu Harta Beku dan Penyelesaian di Malaysia.

Azman berkata, perlu ada perbincangan untuk mencari penyelesaian jika mahu proses pemindahan harta pusaka diselesaikan.

“Apa yang perlu dilakukan adalah membuat kajian mengenai prosedur sedia ada, antaranya mungkin melantik lebih ramai hakim syarie atau masa perbicaraan dilanjtkan hingga ke malam (untuk menyelesaikan kes),” katanya.

Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr luqman Abdullah, berkata isu mencairkan harta pusaka adalah perkara besar dan memerlukan perbincangan secara kolektif dan menyeluruh termasuk dari pakar perundangan dan ekonomi.

“Kita perlu berhujah atau mengeluarkan dalil yang baik untuk mencapai kata sepakat dan salah satunya menganjurkan seminar sebegini,” katanya.


Bukan sebab sistem Faraid

Terdahulu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam (IKIM), Prof Datin Dr Azizan Baharuddin, berkata kajian menunjukkan asset umat Islam yang tidak dituntut dan dibekukan berjumlah RM60 bilion, bukan berpunca dari sistem faraid.

Katanya, alasan untuk mengaitkan isu itu dengan sistem faraid adalah satu hujah yang amat lemah.

 “Kebanyakan dapatan kajian menunjukkan masalah ini disumbangkan oleh beberapa faktor termasuk ketiadaan kesedaran mengenai perancangan pewarisan dalam kalangan umat Islam dan kejahian waris tentang prosedur yang perlu diikuti dan waris tidak peduli.

“Kos yang tinggi dan kerenah birokrasi juga menjadi penyumbang kepada isu ini. Malah, proses pengagihan harta akan menjadi lebih rumit apabila waris bertindih dan masalah berkaitan penipuan serta pertikaian dalam kalangan waris,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan pada majlis perasmian Seminar Faraid dan Perancangan Pewarisan : Isu Harta Beku dan Penyelesaiannya di Malaysia, yang dibacakan timbalannya, Dr Mohd Zaidi Ismail.

Azizan berkata, sistem faraidh adalah sesuatu yang wajib dipatuhi dan waris wajar tahu bahawa banyak perkara perlu dilalui sebelum harta dapat dibahagikan.

Sumber : Akhbar Berita Harian, 20 Mac 2016



Pemilik Rugi Tempoh Masa Terlalu Lama Tuntut Pusaka

Tempoh masa terlalu lama untuk menuntut harta pusaka mengakibatkan kerugian besar kepada pemilik kerana setiap hartanah mempunyai nilai guna tersendiri. Perkara sama juga terjadi jika harta berkenaan dalam bentuk wang tunai kerana faktor inflasi.

Felo Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Muhammad Hisyam Mohamad berkata, proses tuntutan harta pusaka di Negara ini perlu melalui prosedur dan formality tertentu yang mengambil masa.




Harta Kurang RM2 juta ambil masa 5 bulan

Contohnya, tempoh masa menuntut harta tidak melebihi RM2juta di Pejabat Tanah mengambil masa lima bulan setengah dan boleh bertambah jika membabitkan kes kematian atau harta berada di daerah lain.

“Tempoh masa akan bertambah jika harta melebihi RM2 juta kerana proses melantik pentadbir pusaka perlu dilakukan terlebih dahulu dan ini akan mengambil masa antara dua hingga empat tahun sebelum waris menerima hak mereka.

Proses 50 tahun

“Dalam satu kes direkodkan di Mahkamah Tinggi Pahang pada 17 Ogos 2005, pertelingkahan keluarga menyebabkan proses penyelesaian mengambil masa 50 tahun. Dalam tempoh itu, mungkin ada potensi ekonomi yang terpaksa dilepaskan waris kerana mereka tidak berpeluang menggunakan harta itu,” katanya dalam kertas kerja bertajuk ‘Pembekuan Harta : Kesan Ke Atas Ekonomi Umat Islam’.

Muhammad Hisyam berkata, kes waris berlapis jugamenyumbang kepada kehilangan nilai guna kerana bahagian yang bakal diwarisi akan semakin mengecil.

“Satu kes membabitkan sebidang tanah yang berkeluasan 809.345 meter persegi di Kampung Baru, ibu Negara dimiliki 141 waris yang mana bahagian terkecil diperoleh hanya 0.01335 meter persegi saja.
 “Jika unjuran nilai semester persegi adalah RM1,000, bahagian terkecil itu bernilai RM13.35 saja dan dari segi nilai, keluasan ini tiada nilai ekonomi meskipun tanah terletak di segi tiga emas di ibu Negara,” katanya.


Sumber : Akhbar Berita Harian, 20 Mac 2016 

Pertemuan Dengan Mufti Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, 18 April 2016. 

Syukur, baru-baru ini,  pihak Akademi Mawaris Ibnu Tsabit yang diwakili pengasas Us Mohd Hanif Haji Ibrahim dan pengetua Akademi Us Muhammad Idris Bin Muharam menziarahi Mufti Wilayah, S.S Datuk Zulkkifil Bin Mohamad al-Bakri. Dalam pertemuan lebih kurang 35min, Datuk Mufti mencadangkan kajian lanjut masalah al-Munasakhah (kematian seseorang sebelum harta peninggalan dibahagi-bahagikan sampai seseorang atau beberapa orang yang mewarisinya menyusul meninggal dunia) lalu menyebab masalah berlapis-lapis dalam pewarisan. Datuk mufti juga mencadangkan kepada agar memasukkan masalah/perbincangan baru dalam isu-isu Harta Pusaka ke dalam modul kami agar modul itu segar antara gabungan turath dan muasarah.


Datuk Mufti memberi harapan agar pihak Akademi terus istiqamah dalam menyampaikan ilmu faraidh dan harta pusaka kerana ilmu ini sangat kurang ahlinya sekarang.

Datuk Mufti Wilayah menyampaikan pesanan dan cadangan
Dalam pertemuan yang singkat itu juga, wakil Akademi yang juga merupakan Guru dan Mudir Madrasah Syaikhul Ariffien (MASA), Simpang Bekoh, Melaka menjemput Datuk Mufti ke MASA sambil memberikan penerangan ringkas sejarah dan matlamat penubuhan Madrasah. 

Akhir perjumpaan, pengasas Akademi, Us Mohd Hanif Ibrahim, secara peribadi telah menghadiahkan beberapa buah buku terjemahan dan karangan beliau kepada Datuk Mufti.    



Bergambar dengan Datuk Mufti


Pihak Akademi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Mufti Wilayah dan pejabat Mufti Wilayah kerana sudi menerima kunjungan dan menyampaikan pesanan yang sangat berharga kepada kami.