Bharian 27 April 2016 |
1. Statistik
satu dekad lalu pada 2006 menganggarkan ada lebih satu juta kes tuntutan harta
pusaka tertunggak bernilai kira-kira RM38bilion kerana tidak diuruskan pewaris
dengan hamper 90 peratus daripadanya adalah milik orang Islam.
2. Jumlah berkenaan
meningkat kepada kira-kira RM40 bilion pada 2007 yang sebanyak RM38 Bilion
daripada harta pusaka dalam bentuk hartanah dan RM1.5 Bilion adalah wang tunai.
Pada 2010 pula, harta berjumlah RM40 Bilion milik lebih 500,000 waris dalam
kalangan umat Islam masih belum dapat dicairkan.
3. Statistik terbaru seperti
diumumkan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri,
menunjukkan kira-kira RM60 Bilion jumlah harta tidak dituntut waris si mati
sejak Malaysia mencapai kemeerdekaan, yang antara sebabnya adalah sikap ambil
mudah menangguhkan permohonan pembahagian harta pusaka. Jumlah itu diperoleh menerusi
rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) melalui Bahagian
Pembahagian Harta Pusaka (BPP).
4. Kita melihat jumlah harta beku yang cukup besar
dan selain ambil mudah, ia disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat, terutama
orang Islam dalam soal tadbir urus harta pusaka ketika hidup. Ramai beranggapan
oleh kerana harta dimiliki tidak sebanyak mana, tidak perlulah berbuat apa-apa
dan pandai-pandailah yang hidup menguruskannya kelak. Sikap ini merugikan
anggota keluarga kerana dibimbangi menjadi harta tidak dituntut dan menambah
kepada statistic berkenaan.
5. Apa pun,
walaupun harta itu ditinggalkan itu nilanya sedikit, ia tetap perlu diuruskan
dengan baik, kata Ahli Panel Syariah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Profesor
Emeritius Datuk Dr Mahmod Zuhdi Abdul Majid. Penyusunan penurunan harga yang
sempurna perlu bagi menjamin kesejahteraan hidup waris agar kehidupan mereka
tidak susah dan dhaif sedangkan ada harta yang ditinggalkan si mati.
6. Dalam soal
ini, tidak timbul sedikit atau banyak kerana yang penting adalah ia diuruskan
dengan baik sewaktu seseorang itu masih hidup supaya pembahagiannya mudah dan
cepat apabila pemiliknya meninggal dunia. Banyak produk berkaitan urusan ini,
seperti wasiat dan hibah juga pemegang amanah yang ditawarkan banyak pihak pada
masa ini. Cara ini bukan sahaja memudahkan tetapi membolehkan si mati tenang
apabila berada di alam sana, kerana masing-masing mendapat haknya dan tiada
pertelingkahan dalam kalangan anggota keluarga. Kita melihat yuran perkhidmatan
agak tinggi menyebabkan setengah pihak, terutama yang mengandaikan harta mereka
sebagai sedikit, mungkin sebuah rumah dan sedikit simpanan, tidak melanggan
perkhidmatan ini.
Dengan
yuran pemprosesan yang tinggi, disamping yuran penyeleggaraan, ada pihak
berasakan wang yang perlu dikeluarkan tidak sepadan dengan harta yang
ditinggalkan. Dalam hal ini, kita melihat pihak yang menyediakan perkhidmatan
ini harus juga menjadikan perkhidmatan ini sebagai pelaburan akhirat dan bukan
memandangnya dari sudut pernigaan semata-mata.
No comments:
Post a Comment