Friday, 6 May 2016

Huru Hara Masyarakat Tanpa Faraidh

MUHASABAH : KESILAPAN YANG BERLAKU DALAM MASYARAKAT AKIBAT TIDAK TAHU FIQH FARAIDH DAN HARTA PUSAKA.


Kesilapan dan Kesalahan yang sering berlaku apabila kita mengabaikan ilmu faraid (dalam pembahagian harta pusaka):
1. Waris tidak melunaskan hutang-hutang si mati.
2. Waris tidak melaksanakan wasiat ataupun nazar yang sah
3. Si mati semasa hidup membuat wasiat melebihi 1/3 (wasiat kepada bukan waris tidak boleh lebih 1/3)
4. Melaksanakan wasiat ataupun nazar yang bertentangan dengan hukum syarak seperti wasiat untuk perkara yang haram, misalnya untuk kelab-kelab maksiat
5. Harta peninggalan si mati tidak dibahagikan kepada warisnya setelah bertahun-tahun lamanya sehingga ada waris yang meninggal dunia. Masalah berlapis-lapis waris berlaku.
6. Orang perseorangan yang diamanahkan menjaga sesuatu harta (trustee) ataupun pemegang amanah individu tidak menjalankan amanah, tidak mengizinkan harta itu dijual (hasil jualan untuk dibahagikan kepada pewaris) dengan pelbagai alasan sedangkan dia hanya pemegang amanah.
7. Terdapat kes rumah pusaka si mati terus di duduki oleh seorang ataupun dua orang waris tanpa izin ataupun kerelaan waris-waris lain. Jika sayangkan rumah pusaka tersebut dari berpindah milik kepada orang luar, dicadangkan ahli waris membelinya. Contohnya Abang Sulung membeli rumah tersebut dan hasil jualan ke Abang Sulung itu dibahagikan kepada pewaris mengikut faraidh. Tapi mesti ingat !, rumah pusaka itu sudah menjadi milik abang, dia berkuasa atas hak miliknya. Ia bukan rumah arwah ayah dan ibu lagi. Namun, Ia lebih baik dari jatuh ke tangan orang luar.
8. Seorang anak yang menolong bapanya dalam sesuatu perniagaan, akan meneruskan perniagaan itu setelah bapanya meninggal dunia tanpa member hak keuntungan pernigaan tersebut kepada waris-waris lain. Ingat !, harta selepas kematian, adalah harta pusaka yang mesti diagihkan kepada pewaris.
9. Isteri si mati membolot semua harta suaminya selepas kematian suami, seolah-olah dia menggantikan tempat suaminya. Si isteri tidak memberi hak waris yang lain seperti ibu bapa si mati (jika ibu bapa masih ada) ataupun adik beradik arwah suami (jika suami tiada anak perempuan dan tiada bapa) atau kepada isteri-isteri arwah yang lain dan anak-anak.
10. Semua isteri si suami adalah berhak mendapat bahagian faraidh mereka. Isteri pertama walaupun ‘tak mesra’ dengan isteri lain, Ingat !, al-Quran dah menetapkan bahawa mereka tetap ada bahagian kerna mereka adalah isteri kepada arwah.
11. Tidak diberikan harta kepada waris si mati yang tinggal di negeri atau Negara lain.
12. Apabila pemilik harta itu hilang (tidak dapat dikesan), maka hartanya terus dibahagi-bahagikan tanpa kepastian ia betul-betul telah mati ataupun sebelum Hakim menghukumkan dia telah mati.
13. Harta diwarisi oleh anak angkat, anak luar nikah ( kecuali ibunya. Anak luar nikah tidak boleh mewarisi dari ‘bapa’nya tetapi boleh mewarisi dari ibunya). Begitu juga anak tiri dan anak susuan, mereka berdua juga tidak mewarisi.
14. Anak lelaki diberi bahagian yang sama dengan anak perempuan tanpa persetujuannya. Jika anak lelaki bersetuju melepas separuh haknya, maka dibolehkan.
15. Apabila ada tiga kategori adik beradik, kekeliruan akan timbul sehingga yang tidak berhak juga dapat. Contohnya, adik beradik seibu sebapa, adik beradik sebapa (berbeza ibu), dan adik beradik seibu (berbeza bapa).
16. Barang-barang kemas dan pakaian berjenama yang dtinggalkan si mati, diambil oleh seorang waris tanpa pengetahuan ataupun izin waris yang lain.
17. Membahagikan harta mengikut adat sesuatu tempat ataupun bangsa yang bertentangan dengan hukum syara’.

Khidmat Nasihat Percuma Perancangan Harta Pusaka, 
Mohd Hanif Ibrahim @ Us Angah 
017-9260714
Pengasas Akademi

No comments:

Post a Comment