Pelbagai implikasi
akan berlaku jika semasa hidup tidak menguruskan harta pusaka peninggalan arwah
seperti peninggalan kedua-dua ibu bapa.
Implikasi dari Segi Hukum Syara’
Antara masalah
yang banyak timbul dalam masyarakat kita yang berkaitan dengan hukum syarak adalah
terdedah kepada perlanggaran hukum secara sedar ataupun tidak sedar seperti:
1.Termakan harta
secara batil
Sekiranya kita
tidak menguruskan ataupun merancang pusaka, ia akan membawa para waris terlibat
dan berterusan dalam memakan atau menguasai harta secara batil. Ia dilarang oleh
Allah dan RasulNya. Bukan setakat larangan, tetapi ia juga disertai dengan ancaman
terhadap orang yang melakukannya.
2.Termakan harta
anak Yatim
Sekiranya si
mati ada meninggalkan anak-anak kecil yang belum baligh, mereka adalah dianggap
sebagai anak-anak yatim. Maka, harta yang ditinggalkan itu sebahagiannya adalah
harta anak yatim. Penggunaan sewenang- wenangnya terhadap harta itu sebelum diselesaikan
pembahagian akan menjerumus kita dalam apa yang dikatakan sebagai memakan dan menggunakan
harta anak yatim.
Allah Taala
melarang keras perbuatan ini.
“Jangan sesekali
kamu dekati harta anak yatim, kecualidengan cara yang baik sehingga dia mencapai
umur baligh” (surah al-An’am :152)
3. Termakan
hak-hak si Mati
Dalam hukum
pembahagian harta pusaka, bukan semua harta peninggalan itu dikira harta pusaka
yang boleh difaraidhkan kepada waris yang berhak. Sebelum harta pusaka difaraidkan,
para waris terlebih dahulu perlu memastikan beberapa perkara seperti kos pengurusan
jenazah, hutang-hutang si mati (samada hutang dengan Allah ataupun hutang dengan
manusia), wasiat amal jariah si mati, harta hibah dan harta sepencarian.
Kemudian, barulah selebihnya boleh difaraidkan kepada ahli waris.
Sekiranya perkara
ini tidak dapat dipastikan terlebih dahulu, maka ia akan menyebabkan si mati menanggung
azab di dalam kubur. Selain perlanggaran hukum secara sedar ataupun tidak sedar,
ia turut membawa kepada beberapa impak lain iaitu:
- Bilangan waris makin bertambah
- Hutang si mati tidak dapat dilunaskan dan wasiat si mati tidak dapat disempurnakan
- Berlaku perbalahan dan perpecahan institusi Kekeluargaan
Implikasi dari segi undang-undang ekonomi dan
sosial
1.Harta terbiar
dan tidak terurus
Pembahagian
ditangguhkan dari hari ke hari sehingga bertahun-tahun lamanya dengan tiada siapa
yang mahu bertanggungjawab menguruskannya. Akhirnya dibiarkan sahaja harta pusaka
itu. Bagi hartanah, cukai tidak dibayar sehingga bertahun-tahun lamanya. Tunggakan
cukai pasti bertambah dari tahun ke tahun. Pernah ada tunggakan cukai sehingga beribu-ribu
ringgit, sedangkan tanah itu ditinggal terbiar tanpa diusahakan ataupun dimajukan.
Demikian juga dengan permohonan bagi mendapatkan bantuan dari pada agensi kerajaan
seperti RISDA dan sebagainya tidak dapat dipertimbangkan. Hal ini merugikan waris-waris,
masyarakat dan juga kerajaan.
2.Urus niaga
tanah tidak dapat dijalankan (Tiada kuasa
transaksi)
Bagi hartanah,
selagi masih berdaftar dengan nama si mati, selagi itulah sebarang urus niaga tidak
dapat dijalankan. Tanah tersebut tidak boleh dijual beli, dicagar, disewakan,
digadai ataupun sebagainya. Tempoh pembekuan urusniaga ini bergantung kepada langkah
yang diambil oleh waris-waris bagi penyelesaian pusaka itu mengikut undang-undang.
Apabila tanah-tanah tersebut sudah di daftarkan atas nama waris-waris, barulah urus
niaga boleh dijalankan ke atasnya.
3. Wang pampasan
tidak boleh dibayar
Demikian juga
tanah tersebut diambil oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan, wang pampasan ataupun
ganti rugi tidak akan diserahkan kepada waris-waris sehingga pusaka itu diselesaikan,
ataupun dibuat pembahagian mengikut undang-undang. Bagi kes-kes terbiar begitu
lama, bukan suatu perkara mudah untuk menyelsaikan dengan segara. Terutamanya kes
yang bermasalah seperti kehilangan dokumen, tidak mendapat keterengan yang tepat
dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan wang pampasan itu tertahan tanpa dapat
dimanfaatkan oleh waris.
4.
Pemilikan beramai-ramai ke atas Harta
5. Wang
simpanan si mati dipindahkan kepada pendaftar Wang Tidak Di Tuntut.
Kelewatan penyelesaian
pembahagian harta pusaka akan menyebabkan wang simpanan si mati dalam mana-mana
institusi kewangan ataupun koperasi, saham-saham dan bon dipindahkan kepada Pendaftar
Wang Tak Dituntut setelah beberapa lama tidak dituntut. Hal ini sudah tentu merugikan
para waris.
6.
Menyulitkan proses perbicaraan pembahagian pusaka
Antara Kesulitan
yang biasa dialami ialah kehilangan dokumen kematian, dokumen harta dan sebagainya.
Para waris sukar untuk memberikan keterangan kerana tidak mengetahui kedudukan para
waris terdahulu dengan betul. Hal ini menggangu proses perbicaraan sehingga ada
kes yang terpaksa dibicarakan beberapa kali ekoran tidak cukup dokumen,
keterangan dan bantahan daripada waris-waris yang lain.
Ruj : Pembahagian Harta Pusaka Dan Kepentingan
Wasiat, Ustaz Ghazali Ibrahim, Terbitan Mustread.
No comments:
Post a Comment