Tempoh masa terlalu lama untuk menuntut harta pusaka
mengakibatkan kerugian besar kepada pemilik kerana setiap hartanah mempunyai
nilai guna tersendiri. Perkara sama juga terjadi jika harta berkenaan dalam
bentuk wang tunai kerana faktor inflasi.
Felo Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Muhammad Hisyam Mohamad berkata, proses
tuntutan harta pusaka di Negara ini perlu melalui prosedur dan formality tertentu
yang mengambil masa.
Harta Kurang RM2 juta ambil masa 5 bulan
Contohnya, tempoh masa menuntut harta tidak melebihi RM2juta
di Pejabat Tanah mengambil masa lima bulan setengah dan boleh bertambah jika
membabitkan kes kematian atau harta berada di daerah lain.
“Tempoh masa akan bertambah jika harta melebihi RM2 juta kerana proses melantik pentadbir pusaka perlu dilakukan terlebih dahulu dan ini akan mengambil masa antara dua hingga empat tahun sebelum waris menerima hak mereka.
Proses 50 tahun
“Dalam satu kes direkodkan di Mahkamah Tinggi Pahang pada 17 Ogos 2005, pertelingkahan keluarga menyebabkan proses penyelesaian mengambil masa 50 tahun. Dalam tempoh itu, mungkin ada potensi ekonomi yang terpaksa dilepaskan waris kerana mereka tidak berpeluang menggunakan harta itu,” katanya dalam kertas kerja bertajuk ‘Pembekuan Harta : Kesan Ke Atas Ekonomi Umat Islam’.
Muhammad Hisyam berkata, kes waris berlapis jugamenyumbang
kepada kehilangan nilai guna kerana bahagian yang bakal diwarisi akan semakin
mengecil.
“Satu kes membabitkan sebidang tanah yang berkeluasan 809.345 meter persegi di Kampung Baru, ibu Negara dimiliki 141 waris yang mana bahagian terkecil diperoleh hanya 0.01335 meter persegi saja.
“Jika unjuran nilai semester persegi adalah RM1,000, bahagian terkecil itu bernilai RM13.35 saja dan dari segi nilai, keluasan ini tiada nilai ekonomi meskipun tanah terletak di segi tiga emas di ibu Negara,” katanya.
Sumber : Akhbar Berita Harian, 20 Mac 2016
No comments:
Post a Comment